terjmpa blog ni mengisahkan si anak kecil itu yg lahir dr ibunya setelah ibunya meninggal 2 hari....
perkara pertama yg ku terlintas ialah..bagaimanakah perasaan ibunya setelah hamil 25mggu mengetahui dirinya xdpt membesarkan ank yg dikandung nya kerana dia bakal dijemput ilahi?!.......
perkara yg sama aku terfikir dan berfikir...bagaimanakah anak-anak ku apabila aku juga bakal dijemput ilahi sebelum sempat ku membesarkan mereka?
bagaimanakah mereka hidup tanpaku..
bagaimanakah aku akan dapat pergi dengan tenang
kerana fikiran ku sesak memikirkan mereka yg memerlukan aku ibu kandungnya..
jika mereka tidak memerlukan ku..
aku yang sebenarnya memerlukan mereka
kisah ini juga membuat aku memunasabahkan diri
agar menjadi seorang ibu yg lebih baik utk anak2ku...
kadang ku terikir..mengapakah masih ramai ibu-ibu di luar sana
menzalimi darah daging mereka sendiri..
menghancurkan masa depan ank yg dikandung mereka sendiri..
membinasakan hidup anak kandung mereka sendiri...
memburukkan anak yang dikandung agar dibenci
ini bukan kisah dongeng
kenyataan dunia di akhir zaman
nauzubillah
ambillah pengajaran dr kisah ibu yg malang ini..pergi sebelum sempat merasa kemanisan hidup mempunyai cahaya mata..jgn lah sewenang wenangnya menzalimi darah daging yang dikandung dengan susaah payah
sayangilah darah daging anda
ya allah
aku bersyukur padamu
mengurniakan aku zuriatku
dengan perasaan kasih sayang
jauhilah aku dari sifat zalim
yang x mahu aku warisi
amin
No comments:
Post a Comment